Monday, October 11, 2010

(GAMBAR) Kemalangan Ngeri 101010 KM223 Plus Simpang Ampat

Ya Allah, apakah petunjuk yang diturunkan olehMu ini? Tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang memuji-muji persandingan kayangan, wedding of the year 2010 Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina tidak disangka, ada 12 nyawa  manakala 3 lagi yang cedera parah dipanggil menemui Yang Maha Esa dalam satu kemalangan ngeri di KM 223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Kemalangan ngeri tersebut membabitkan dua buah bas, iaitu Delima Ekspress dari Melaka ke Kuala Lumpur, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membawa pesara-pesara Tentera, sebuah van dan tiga buah kereta.

Menurut polis, tragedi kemalangan ngeri itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres Delima yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Video Kemalangan Ngeri Tragedi 101010 12 Maut di KM 223 Simpang Ampat Tampin!

Semua 12 mangsa yang meninggal dunia dan 40 mangsa yang cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala sehingga lewat malam.



Milik siapakah tangan kanan itu?woot3 o_O
Bas Delima Express Menghempap Myvi Merah Tragedi 10 Oktober 2010!

Tragik!
Innalillah hi wainnalillah hiro ji'un!







Senarai Mangsa Yang Terbunuh dalam Kemalangan Ngeri KM 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat:

Polis menyatakan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa ialah pemandu bas ekspres R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat; Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki)

Disebalik persandingan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina 12 Nyawa Dipanggil MenemuiNya!

credit to : cikgudahlia azmannara

7 comments:

  1. huhhh,,takut betul dengan kemalanggan nie..berhati-hati lah.......huhh

    ReplyDelete
  2. aku pun konpius kire kanan.takziah kpd kluarga mangsa, Ya Allah mcm mana la kita akan mati

    ReplyDelete
  3. npe perkahwinan tu terunggul?pe yg special sgt?

    ReplyDelete
  4. Innalillah hi wainnalillah hiro ji'un!

    takut aku tngok

    ReplyDelete
  5. naqi, awak g ke time kejadian tu?

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012