Wednesday, October 13, 2010

(GAMBAR) 2 Penyokong Kelantan Maut Suku Akhir Piala Malaysia



Salam takziah kepada penyokong Kelantan bernama Che Karma Sulaiman, 39 tahun dari Kampung Telong Bachok yang meninggal dunia akibat sesak nafas semasa hendak keluar Stadium Shah Alam selepas berakhirnya perlawanan suku pertama Kelantan menentang pasukan tuan rumah Selangor. Bagi 1 lagi kematian pengesahan sama ada penyokong ditikam. Wallahuaqlam. Bersama kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut. Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.



Video Kelibat Penyokong Kelantan lwn Selangor Suku Akhir Piala Malaysia 2010 2 Penyokong Maut Tengok Sekarang!

Ketika itu, berlaku  kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.


Keputusan Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2010 :-
* Match #1: Negeri Sembilan 1-0 Perlis
* Match #2: Terengganu 2-2 Kedah
* Match #3: Johor FC 1-0 Pahang
* Match #4: Selangor 0-0 Kelantan


JADUAL SUKU AKHIR (16 OKTOBER 2010)

* Match #1: Perlis vs Negeri Sembilan
* Match #2: Kedah vs Terengganu
* Match #3: Pahang vs Johor FC
* Match #4: Kelantan vs Selangor


Penyokong Kelantan dan Selangor Bergaduh Suku Akhir Piala Malaysia 2010
 
Kenari Terbang Tinggi Biar Jasa Jadi Kenangan!

3 comments:

  1. sampai mati² ek tgk bola nih.
    Takziah utk keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  2. xpaham aku . asal kalah jek gado. asal menang gado. time bile xgado pon xtau arh. ish3

    ReplyDelete
  3. ape yg korang dapat? satu sen pun xdapat siap kuar duit lagi, kepada penyokong yg terlalu fanatik tu cukup2 la.. nak mati distadium atau mati sujud menyembah ilahi?

    pilihan di tangan sendiri

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012