Thursday, June 28, 2012

(GAMBAR) Wang Kertas Baru RM20 Bank Negara Malaysia


Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru akan berada dalam edaran bersama-sama dengan sedia ada mulai 16 Julai 2012.

Siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

11 comments:

  1. kan bagus kalau duit baru skali dgn gaji baru...he3

    ReplyDelete
  2. Setakat nih belum dapat lg duit baru nih... mybe lepas 16 July dah boleh dapat duit nih kat atm mesin kot...

    ReplyDelete
  3. dah lama tak tengok duit malaysia... insya Allah hujung thn ni akan berada di malaysia

    ReplyDelete
  4. duit ni nmpak mcm duit saidina skit

    ReplyDelete
  5. daebakk..xsaba nk pegang duit rm20 tu.hehe :D

    ReplyDelete
  6. dah nk mcm duet saidina/jutaria..haha..
    papapun, terbaek....colorful lagi

    ReplyDelete
  7. cantik la duit baru ni.. dan penggunaan warna yg jelas antara nilai duit..

    ReplyDelete
  8. orang kata duit baru ni cepat rosak..

    ReplyDelete
  9. Sekarang ramai excited dapat duit baru.

    ReplyDelete
  10. duit baru..tapi ada sedikit masalah..terutamanya wang kertas dengan not RM1..agak licin dan saling melekap antara satu sama lain..susah juga nak kira sekeping-sekeping..apa pun not RM20 yang kembali semula ke dalam sistem kewangan negara memang menarik..kali terakhir tengok not RM20 nih ialah 20 tahun yang lalu di mana latarbelakangnya ialah bahagian hadapan BNM..

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012