Thursday, September 9, 2010

Download Lagu Azfar - Akan Ku Jumpa OST Syurgamu Ramadhan


Drama setanding Nur Kasih sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini bukan macam iklan aidilfitri tv3 yang penuh dengan kontroversi itu. Jom layan Syurgamu Ramadhan!

Sinopsis Syurgamu Ramadhan


Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun…

Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.

SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Episod Akhir: 8 september
Pelakon:
Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton,
Eira Syazira sebagai Marlia,
Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin,
Zarina Zainordin sebagai Aishah,
Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah,
Shahar Yac’cob sebagai Budiey,
Nurul Elfira Loy,
Noryati Taib sebagai Datin Kesuma
dan Azma Aizal Yusoof.



Lirik Lagu Azfar - Akan Ku Jumpa OST Syurgamu Ramadhan

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu
credit to: malarang-kak

2 comments:

  1. Citer ni memang tak penah miss aku tengok masa bulan ramadhan tempoh hari.

    Terbaek la drama ni.

    Harap dapat la menang anugerah~ =)

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012