Saturday, August 6, 2011

(HOT) Tragedi Bazar Ramadhan Greenwood 6 Ogos 2011

 Hari in dalam sejarah, dua orang budak telah merempit dari Mahallah Bilal, UIA Gombak ke Bazar Ramadhan Greenwood kurang lebih pada pukul 7.00 petang. Dengan kadar pecutan kuasa kuda Modenas Kriss 110cc mereka sampai di SHELL Greenwood sekitar 7.08 malam. Lantas mereka bergegas ke ATM CIMB di dalam SHELL yang mana tujuan asal mereka untuk cucuk duit yang telah kering daripada poket masing-masing.
Sungguh penuh ramai orang berpusu-pusu macam Sg Pusu ke Bazar Ramadhan Greenwood, barangkali hujung minggu mungkin. Hal ini kerana nasik kerabu yang diidam-idamkan sejak merempat di UIA selama kurang lebih 2 minggu habis kering periuk nasik makcik tu berkata-kata.

Lantas tanpa berfikiran panjang salah seorang daripada budak itu terpaksa beli Nasik Lauk Ayam berharga Ringgit Malaysia 3.50 tunai. Seorang lagi kawannya hanya beli nasik kerabu tak cukup sifat dan sebuku murtabak yang berharga RM250 tunai. Oleh sebab jam telah menunjukkan pukul 725 malam, lantas mereka bergegas pulang ke kampung halaman tanpa membeli air susu yang diidam-idamkan sejak azali bak kata P Ramlee.

Akhirnya mereka sampai di kampung halaman sekitar pukul 735 malam lewat 5 minit dari waktu berbuka.
Sekian, berakhir sudah cerpen tragedi bazar ramadhan Greenwood 2011.


8 comments:

  1. pergh ! gila bab murtabak RM250.
    kayo gilo putrarocker nih
    haha

    ReplyDelete
  2. aku x nampak ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nasik ko ! hehehehehe ;)

    ReplyDelete
  3. Perghh takut aku bca...

    ReplyDelete
  4. kat belakang CAC dah xde bazaar ke?

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012