Tuesday, January 10, 2012

(GAMBAR) 2 Perompak Mati di LRT Taman Melati 10 Januari 2012

Gempar!, satu kejadian tembak menembak telah berlaku di pekarangan Stesen LRT Putra Taman Melati melibatkan 3 individu dan pihak polis sekitar 2.30 petang Selasa, 10 Januari 2012.

Suspek terlibat dalam satu insiden rompakan di pekarangan Carrefour Wangsa Maju dan pergelutan tersebut berakhir setelah ketiga-tiga penjenayah tersebut berjaya melepaskan diri.





Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pihak polis kembali menemui semula ketiga-tiga suspek berkenaan setelah menerima panggilan telefon tentang insiden kemalangan di hadapan Stesen Putra LRT Taman Melati melibatkan pihak penjenayah yang menaiki kereta Proton Putra dan sebuah kereta Toyota Vios.

Dua daripada tiga penjenayah tersebut mati di tempat kejadian akibat tembakan padu dari pihak polis manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Mereka yang mati masing-masing berumur 35 dan 45 tahun.

Suspek penjenayah berjaya melarikan diri dan didakwa memiliki senjata pistol. Polis menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar kawasan (Wangsa Maju)  mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak polis telah mengenalpasti salah seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod jenayah melibatkan ketiga-tiga individu terbabit merangkumi 5 rekod jenayah di Kuala Lumpur dan juga Kelantan.

Credit to KLPOS, Amirah Izzati

2 comments:

  1. banyak btl penjenayah sekang ni...nk jenjalan pn risau...

    ReplyDelete
  2. Oh sadisnya.. kesian keluarga si arwah ni.

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012