Saturday, July 30, 2011

(GAMBAR) Ribut PUSASDA Port Dickson 30 Julai 2011

PORT DICKSON, 30 Julai -Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi.
Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat kereta yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengah hari tadi.


Berita Penuh Hujan Ribut Melanda Port Dikson Di Majlis Yg Dihadiri Najib Razak.

1 comment:

  1. Sebenarnya mungkin amaran dan peringatan dari Allah s.w.t.....dimana semua tentera yg terlibat dengan perbarisan pada pagi hari kejadian tersebut tidak solat subuh kerana telah diarahkan oleh pihak atasan bersedia di padang perbarisan sebelum masuk waktu subuh lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012