Friday, October 29, 2010

(VIDEO) Tornado Strikes Mata Ayer, Perlis "Injures" Securiforce Van!



KANGAR: Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat sini rosak akibat angin puting beliung semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh, berkata kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 6 petang menyebabkan kerugian sekitar RM100,000.

“Baitul Mal Perlis dan Unit Pembangunan Insan Perlis akan membantu mereka yang terbabit membaiki rumah, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai kerugian sebenar,” katanya ketika melawat mereka yang terbabit hari ini.

Katanya, walaupun sebuah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi, kebanyakan penduduk lebih selesa tinggal sementara bersama saudara-mara.

Sementara itu, seorang penduduk, Rohana Abdul Rahman, 52, berkata ketika kejadian dia berada seorang diri di rumah dan terdengar bunyi bising serta rumahnya bergegar.


Video ribut puting beliung di Perlis





"Saya melihat macam ada benda putih di luar rumah dan dalam sekelip mata pintu depan pecah dan bumbung diterbangkan angin," katanya.

Sementara itu, semua yang terbabit hari ini menerima bantuan awal daripada Yayasan Pok dan Kassim (YPK) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang dan beras. - BERNAMA






Kebesaran dan peringatan daripada Allah, maka hendaklah kita ambik iktibar daripada apa yang telah berlaku..kembalilah kita kepada jalan yang diredhai Allah kerana Allah itu maha pemurah lagi maha pengampun..InsyaAllah.wooot3 o_O

3 comments:

  1. huish dasat nyer, sekelip mata jer. subhanallah

    ReplyDelete
  2. Thanks :)
    --
    http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
    для сайта putrarocker.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ada peringatan yg Allah cuba sampaikan di Perlis, Puting-beliung bukannya kejadian yg normal di Malaysia. Oleh sebab itu, kita kena mengkaji apa yg tersirat disebalik bencana tersebut..kekadang kita lupa tentang hukum-hakam Allah tetapkan tapi kita main 'dek' jer...

    Se tahu aku, kat Perlis, ada Hakim Syariah PEREMPUAN dan setau aku, salah satu syarat untuk menjadi Hakim adalah LELAKI...wallahualam...Allah MAHA Mengetahui akan tiap2 sesuatu...mintak Malaysia tak turun bala' bukan2 Aminn...

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012