Bagaikan semalam keremajaan ku yang telah berlalu. Bagaikan sedetik keindahan yang diburu dulu. Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang mudah dibawa kepadaMu. Jangan bebankan kami lagi dengan ujian keindahan-keindahan fatamorgana yang telah pun menipu kami berulang-ulang kali. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya… sebentar cuma. Namun, detik yang ada ini aku ingin berkongsi rasa. Rasa yang datang daripada melihat dan mendengar. Janganlah kita MEMBURU CINTA FATAMORGANA...!!!
Lirik Lagu Antara Dua Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Lagu : Antara Dua Cinta
Artis : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Sejarah Lagu
*Dinyanyikan semula oleh Saujana (Kembara Cinta) 1999
*Dinyanyikan juga oleh Sharifah Aini dan Nazri Raihan
Credit to genta-rasa
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Sejarah Lagu
*Dinyanyikan semula oleh Saujana (Kembara Cinta) 1999
*Dinyanyikan juga oleh Sharifah Aini dan Nazri Raihan
Credit to genta-rasa
salam :)
ReplyDeletetry search native deen kat youtube :D lovin their songs :)