Ini kisahnya benar di UIA. Universiti anda bagaimana bero?
SAYA adalah penuntut di UIAM kampus Kuantan. Dalam isu saman, ada dua badan dalam UIAM yang terlibat iaitu Unit Kuatkuasa (Legal Unit) yang menguruskan tentang peraturan universiti dan Unit Sekuriti yang menguruskan hal kerja pengawal keselamatan.
Ketidakpuasan hati ini telah kami suarakan melalui pemimpin pelajar, tapi jawapan yang diberikan tidak memuaskan. Diharapkan surat melalui media ini dapat membuka mata pihak atasan terhadap masalah kami selaku penuntut dan pembayar yuran pengajian di UIAM.
Pertama, saman yang terlalu mahal. Jumlah saman ini ditetapkan oleh Unit Kuatkuasa adalah RM50 walaupun dengan kesalahan kecil. Jika dibayar dalam tempoh yang diberikan berserta borang rayuan, ia hanya dikurangkan kepada RM25. Jumlah itu masih agak mahal. RM25 mampu menampung kos petrol motosikal kami untuk sebulan.
Untuk pengetahuan, saman yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan hanyalah RM20 dan dapat dikurangkan kepada RM5 sahaja jika dibayar awal walaupun kesalahannya nampak berat. Ternyata saman yang ditetapkan pihak universiti sangat menindas kami.
Kedua, sikap sesetengah pengawal keselamatan yang boleh kami gelar sebagai gila saman. Kami faham mereka hanya menurut perintah, tapi perlu diingat perintah dan peraturan itu ciptaan manusia. Ada satu benda yang tercipta untuk manusia yang patut diambil kira juga iaitu nilai kemanusiaan.
Ada antara kami yang menduduki peperiksaan telah disaman kerana tersilap parking di kawasan parking kakitangan, sedangkan kawasan parking pelajar sangat sedikit dan terpaksa berjalan jauh hampir 150 meter.
Ada yang membonceng kawannya tanpa memakai helmet hanya untuk beberapa meter sahaja, pengawal terus menyaman tanpa mengambil kira masalah yang dihadapi. Di mana pertimbangan kemanusiaan ketika menyaman, atau mungkin mereka menyangka semua pelajar kaya untuk membayar RM50 kepada universiti.
Ketiga, tugas utama pengawal adalah menjaga keselamatan pelajar dan kakitangan, bukannya menjaga kekebalan peraturan supaya tidak dilangar lalu melambakkan saman kepada pelajar.
Di saat asrama perempuan diceroboh oleh pencuri dari luar dan kecurian motor berlaku di asrama lelaki, di mana pengawal keselamatan yang bertugas? Bila ditanya, mereka persoalkan balik kepada kami, kenapa tak kunci motor dengan rantai dan kenapa tak kunci pintu bilik betul-betul, sedangkan peristiwa itu berlaku di kawasan pengawalan mereka. Mungkin mereka menyangka keselamatan universiti akan terjaga jika semakin ramai pelajar yang disaman.
Keempat, berlaku adillah kepada semua pesalah. Kami para pelajar sangat tidak berpuas hati, di saat pelajar disaman, ada kakitangan yang melakukan kesalahan trafik yang sama tetapi tidak disaman.
Mungkin kes ini kerana terlepas pandang. Pernah berlaku dalam kawasan UIAM ketika seorang sahabat saya penunggang motosikal telah dilanggar oleh kereta seorang pekerja dari luar.
Pihak pengawal yang datang hanya menonton, tiada tindakan diambil kerana pemandu kereta itu bukan kakitangan UIAM dan sekadar menyuruh rakan saya selesaikan masalah itu sendiri. Di mana keadilan dan kehebatan saman anda waktu itu wahai pengawal keselamatan UIAM.
Akhirnya, diharapkan pihak pentadbiran mengambil kira kesusahan yang kami alami ini. Kami tidak mengharapkan alasan dan jawapan, kami mengharapkan tindakan susulan.
Kepada pihak keselamatan, kami menghargai jasa anda selama ini. Tapi kami akan lebih hargainya jika suara kami ini didengar dan diambil kira.
PELAJAR KECEWA
UIAM Kuantan
sumber:REUTERS












saman tak hengat dunia~
ReplyDeletepak gad dah mula nak wat keje.. kat mahallah cari rezeki baru... cari kete tanpa sticker.. pastu saman..
ReplyDeletepakgad uia memang. gila saman !
ReplyDeleteBagaimana klu bro lanjutkan hal ni kepada HEP UIAM gombak.Mungkin perkara ini akan diketengahkan.sbb kekadang di kampus cawangan ni perkara2 cam ni x sampai ke Gombak.
ReplyDeleteperghh mcm tu skali.. tak habis2 saman2 jer memanjang
ReplyDeleteAPARA
ReplyDeleteMASUK IPT BUKAN BELAJAR AKEDEMIK JE TAU. KENA BELAJAR IKUT PERATURAN JUGA. KENA BELAJAR MEN EPATI MASA. KENA BELAJAR MENGURUS MASA. BILA KELUAR NANTI TAKLAH JADI KETUA YANG SOMBONG DAN MEMENTINGKAN DIRI.
KALAU SAMAN RENDAH, MASING-MASING NAK TUNJUK HEBAT DENGAN JUMLAH SAMAN YANG BANYAK
100% setuju ngan anonymous kat atas...
ReplyDeletedh bljr tinggi2 mcm ni plak jdnya...dh tau slh nape mesti nk buat jugak...?
x malu ke kt pak guard yg sklh x setinggi korang tu? at least diorg tau dan faham keje diorg..
perlu ke bubarkan undang2 dek kesilapan budak terpelajar ?
kalau kena parking jauh dr dewan peperiksaan tu mesti sbb korang lmbt..bkn x de tmpt parking dekat...mana2 IPT pn sama je la...apsl x parking je tepi dewan?
psl kena saman x pakai helmet...walaupn jarak sejengkal cuma..kalau tiba2 ko terbabas masuk longkang, dsbbkn x de helmet kepala ko rosak..mcm mn? malang x berbau beb..sbb tu pak guard saman, demi keselamatan korang..
pak guard lambakkan saman utk korang sbb korang buat salah...
psl pencerobohan...kot ye pn ada pak guard...x kn korang nk diorg tegak berdiri tepi pintu bilik korang atau pn tercongok dpn motor korang...tgi sgt dh akal korang ni...
psl acc ngan org luar...citer tu benar ker? bknnya pak guard ada bg soalan kt mangsa terpelajar tu? dan jwnpnnya mmbuatkan pak guard buat laporan dalaman shj...ce korang cek smla..
belajar kt Universiti ISLAM ANTARABANGSA tu...jgn buat malu la weiii...fikir dulu sbb musabab setiap yg berlaku tu...sblm cr slh org, tgk kita dulu..nape kita kena saman???
x nmpk pn salah pak guard....kesian korang pak guard...
kat UIA , buat keje tu slh rupanya..ish3..tu blm citer budak cerdik sorok papan tanda...ha ha...
pak guard menjalankan tggjwb, tp kalau kerap sgt, memang susahla,..nasib U aku dulu ok, pak guard sporting.,.hehe
ReplyDeleteku dulu ui jugak tp tk kena saman un.. kenal la dgn pkgad, bukn nk kawtim tp hormat kt depa n tggjwb depa... kdg2 slh kita tu jgn ingt org lain bodo.. belajaq tggi ilmu tp tk semestinya moral tggi... belajaq la bg lg tggi supaya tau cmna nk hargai setiap manusia yg ada atas muka bumi ni.
ReplyDeletedh belajar timggi2 merti lh tau peraturan...bila kita masuk rumah org ikutlh....tiap2 rumah ada peraturan....bukan susah pun nak pakai helmet....atau parcking kete ket tempat stud....
ReplyDelete