Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.
Pelakon:
Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana.
Tarikh tayangan belum dipastikan oleh pihak Metrowealth Pictures.Tunggukan trailernya tidak lama lagi.
Apabila Kpop pun turut dipolitikkan
1 hour ago







0 comments:
Post a Comment