Saturday, July 30, 2011

ANTI-YAHUDI: Chelsea Maafkan FAM

Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kenyataan anti Yahudi yang ditujukan terhadap pemain tengah kelahiran Israel, Yossi Benayoun (gambar) ketika perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dua minggu lalu, lapor AFP.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada Chelsea berikutan peristiwa itu.

Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media itu tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak. Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan pusingan pertama jelajah Asia Chelsea di Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.



Sebelum ini, Chelsea tidak membangkitkan isu itu tetapi meneruskan aduan selepas mengkaji semula perlawanan.

Pada perlawanan itu, Malaysia tunduk 1-0 kepada gergasi bola sepak Inggeris itu hasil jaringan gol kontroversi Didier Drogba

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai isu itu dengan segera selepas perlawanan minggu lalu, sebaliknya hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” katanya.

p/s: Boycott ISRAEL ZIONIS THE TERRORIST!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012