Saturday, October 30, 2010

(HOT) Pre-Marital Intimate Relationship The True Sex Story!

Lihat perut ku, cantikkan?!o_O

Ini tentang cinta moden. Pasal apa aku kata cinta moden, pasal seks sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.

Kalau dari sudut agama, kesihatan, atau budaya , pasti semua kita tahu dah jawapannya. Apa yang aku nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah...


Untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk seks, bukan semua..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki atau pasangan kepadanya. Seks bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna.

Betul ka? Hanya mereka yang jahil agama akan berbuat demikian.Cuba bayangkan......

Kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).
 
Why men need sex?!

Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan seks dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?

Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku?

Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.

Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan seks sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.

Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.

Adakah cinta acha septriasa dengan samy vellu akan berbuah 2kali?!


Lagi satu bila wanita hanya “memberi seks” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa seks adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.

"...kita jrg memeluk anak kita... jadi mereka terdorong memeluk orang lain...
kita jarang mencium anak kita...jadi mereka tergerak mencium anak orang lain...
kita jarang mengucapkan sayang kepada anak kita...membuat mereka cuba meluah dan melahirkan "sayang" itu kepada org lain...yang mampu membawa kepada kemaksiatan..." intipati khutbah jumaat 21 Zulkaedah 1431H Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Mosque International Islamic University Malaysia (UIAM/IIUM Gombak Campus)

credit to borakkosong, aainaa

4 comments:

  1. this is the new generation :)

    ReplyDelete
  2. wah...ulasan yang hebat..cik su suka

    ReplyDelete
  3. nsib baik khutbah aritu ada kot bahasa melayu.haha.dpt gak berkongsi ngn yg lain.

    ReplyDelete

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012