Wednesday, September 8, 2010

Titah Perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat," katanya.

Pengumuman beliau disiarkan menerusi RTM dan TV3.

Tarikh Aidilfitri di Malaysia ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab.

2 comments:

LinkWithin


 
Designer: PutraMalaya for PutraRocker[Dot]Blogspot[Dot]Com All Rights Reserved 2012